Kejar gelaran Datuk Seri dan tawaran tanah, lelaki rugi RM406,400 kena ‘kelentong’

DEMI mendapatkan gelaran Datuk Seri Utama dan tawaran sebidang tanah kurnia berkeluasan lima ekar, Pengarah Syarikat lesap wang tunai sejumlah RM406,400

Mangsa berusia 33 tahun itu dikatakan menerima panggilan dari pihak Istana Negara berhubung tawaran tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, mangsa telah menyerahkan segala maklumat kepada suspek di sebauh restoran berhampiran pintu 2 Istana Negara.

“Pada 6 April lalu, mangsa telah diarah membayar RM9,400 ke akaun yang diberikan suspek.

“Seterusnya pengadu membuat empat lagi transaksi berjumlah RM247,000 antara 30 April hingga 17 Jun.

“Mangsa juga telah membayar secara tunai berjumlah RM150,000 kepada suspek,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mahidisha, mangsa telah mula mengesyaki sesuatu dan mengambil keputusan untuk membuat semakan terhadap akaun syarikat suspek.

Hasil semakan mendapati akaun tersebut melibatkan syarikat yang tidak berdaftar.

Secara keseluruhan, mangsa berdepan kerugian berjumlah RM406,400.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.