Sembilan belas orang disahkan terkorban selepas sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China, runtuh pada awal pagi Rabu, kata pihak berkuasa tempatan.
Sebanyak 18 kenderaan terperangkap dalam runtuhan itu, lapor Xinhua.
“Seramai 30 mangsa diberi rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil,” kata pihak berkuasa di bandar Meizhou.
🚨 ⚡️#Urgent | China TV : 19 personnes ont été tuées et 30 autres blessées à la suite de l’effondrement d’une autoroute dans la province du Guangdong, dans le sud de la Chine. https://t.co/PgnGWRgoJB
— Bilow Média (@Bilowmedia) May 1, 2024
Kejadian berlaku kira-kira 2.10 pagi di sebahagian Lebuhraya Meizhou-Dabu di Meizhou.
Kawasan runtuhan berukuran 184.3 meter persegi, menurut kerajaan Meizhou.
Lebih 500 orang terlibat dalam operasi menyelamat itu.
Twenty-four people have been confirmed dead after a road section of the Meizhou-Dabu Expressway collapsed in Meizhou, South China’s Guangdong Province, on Wednesday. China’s Ministry of Emergency Management has sent a team to guide rescue work. https://t.co/T801UwwaXs pic.twitter.com/GqxHNs6KQy
— Global Times (@globaltimesnews) May 1, 2024
Sumber : BERNAMA