“Harap Muka Handsome Tapi..” – Tiktoker Indonesia Dikecam Memperlekeh Bahasa Malaysia

Seorang Tiktoker dari Indonesia dikecam di media sosial gara-gara mempersenda Bahasa Malaysia ketika tiba di negara ini.

Menerusi video yang dimuat naik di Tiktok @myusufhendratno, pemuda yang dikenali sebagai Yusuf baru sahaja pertama kali menjejakkan kaki di Malaysia dan membuat kandungan video ketika tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)

Lelaki tersebut mempersenda beberapa papan tanda dalam Bahasa Malaysia yang terdapat di lapangan terbang KLIA antaranya ‘Tunutan Bagasi’ dan ‘Balai Ketibaan’.

Video yang dimuatnaik tersebut menimbulkan rasa kurang senang rakyat Malaysia dan ramai yang mengecam serta menegur tindakannya. Bagaimanapun, video tersebut sudah pun di padam daripada akaun Tiktoknya.

Setelah menerima pelbagai kecaman di media sosial, Yusuf kemudiannya memuat naik video lain dan mengatakan video mempersenda Bahasa Malaysia adalah sekadar gurauan. Tujuan video tersebut awalnya hanyalah untuk membahas perbezaan bahasa yang hampir serupa.

Terbaharu, Yusuf membuat permohonan maaf di atas kekhilafannya.

“Dear Malaysian people, mohon maaf. Apabila persepsi dari audiens tidak sesuai dengan expectasi, maka dari itu anggaplah ini menjadi sebua ke khilafan. Mohon maaf lahir batin,” tulisnya.