[Video] Budak Perempuan 4 Tahun Sudah Jadi Tunangan Orang

Sebuah video majlis pertunangan seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun menjadi tular di media sosial.

Video yang dimuat naik di Tiktok @massaki90 mendapat hampir 3 juta tontonan mendapat pelbagai reaksi warganet memandangkan ia melibatkan seorang kanak-kanak. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Desa Banjar Tabuluh, Kecamatan Camplong, Madura, Jawa Timur.

 

@massaki90 ini video asli ya#fypberandamuシ #fypシ #viraltiktok #madura #tunangan #happyengegement💍 ♬ suara asli – massaki

Menerusi rakaman yang tular, kanak-kanak perempuan tersebut memakai pakaian serba hijau dan bersalaman dengan tetamu yang hadir.

Walaupun di usia semuda itu sudah melangsungkan majlis pertunangan, namun menurut kedua ibu bapa kanak-kanak tersebut majlis perkahwinan hanya akan dilangsungkan selepas anaknya tamat pengajian di kolej seperti yang dilaporkan Sinar Harian.

Setelah video itu mendapat perhatian banyak pihak, keluarganya turut didatangi wakil Badan Kependudukan dan Keluarga Berencana Nasional (BKKBN) provinsi Jawa Timur dan pemerintah daerah Kabupaten Sampang untuk memberi peringatan supaya tidak melanggar peraturan ditetapkan.

Sumber : Sinar Harian