Irma Hasmie, Redza Syah Sudah Enam Bulan Bercerai

Teka teki status perkahwinan pelakon dan pengacara Irma Hasmie dengan Redza Syah akhirnya terjawab apabila kawan baik kepada Irma mendedahkan pasangan tersebut sudah pun bercerai enam bulan yang lalu.

Status pasangan ini menjadi tanda tanya apabila Redza Syah memuat naik beberapa gambar perkahwinannya dengan seorang wanita baru-baru ini. Bagaimanapun Irma Hasmie ketika dihubungi media enggan menjawab mengenai isu tersebut.

Rakan baik kepada Irma, Reen Emran hari ini mengesahkan status perkahwinan mereka yang sudah berpisah sejak enam bulan lalu.

“Saya dengan ini mewakili sahabat saya ingin mengeluarkan kenyataan (dengan izin dia sendiri). Untuk oengetahuan mereka sudah sah bercerai 6 bulan lepas),” jelasnya.

Irma dan anak-anaknya juga berada dalam keadaan baik. Reen juga mengumumkan Irma bakal menunaikan haji tidak lama lagi dan memohon doa yang baik-baik buat Irma.