30 Buah Kereta Tersadai Terkena Paku Yang ‘Ditabur’

Kira-kira hampir 30 buah kereta tersadai selepas mengalami kebocoran tayar akibat terkena paku yang didakwa ditabur oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Lebuhraya Karak pada jam 10 malam Isnin.

Menerusi sebuah video yang tular di media sosial, ramai pemilik kenderaan terpaksa berhenti di susur keluar Temerloh berikutan tayar yang bocor.

“Ada orang pedajal sebelum tol Karak dekat selekoh double tu. Ada paku terabur tengah jalan.

“Hampir 30 biji tersadai tepi jaIan bocor tayar. Dekat exit Temerloh 10 biji sekali kerana terlalu ramai tersadai tepi jalan berhenti di exit Temerloh,” jelas individu yang memuat naik video tersebut di Tiktok.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi di Tiktok. Ada yang mendakwa paku tersebut sengaja ditabur berdasarkan jenis dan saiz yang sama pada setiap tayar yang bocor.

@mohdfaizlatifAda org pedajjal sebelum tol karat dekat selekoh double tu..ada paku terabur tengah jalan..hati2 semua yang lalu mlm ni 29/4/2024…hampir 30 biji tersadai tepi jln bocor tayar..dekat exit termeloh 10 biji skali dgn aku..Kerana terlalu ramai tersadai tepi jalan aku berhenti di exit termeloh♬ original sound – Faiz Latif

“Start tengah hari semalam saya tengok banyak lori towing duk main atas jalan  kebetulan kot. Harap pihak berkuasa siasat pelaku

“Tak ada CCTV ke kawasan tu harap pihak berkuasa pasang CCTV di situ

“Ni malam tadi ke berlakunya patut lah saya lalu situ sepanjang jalan ada je kereta berhenti tepi tayar bocor,” antara komen netizen

 

 

@mohdfaizlatif Replying to @nish ♬ original sound – Faiz Latif