“Siapa Ahli Parlimen Bantah Kenaikan Gaji, Kita ‘Humban’ PRU Akan Datang” – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Parlimen akan meluluskan kenaikan lebih 13 peratus gaji penjawat awam, yang akan dibentangkan dalam Belanjawan 2025 Oktober ini.

Bellau berkata semua pemimpin parti komponen aalam kerajaan MADANI termasuk Timbalan Perdana Menteri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor juga memberi sokongan penuh terhadap kenaikan itu supaya ia dapat dilaksanakan pada 1 Disember ini.

“Penjawat awam umumnya sambut baik (kenaikan) tetapi kita tak boleh halang beberapa kenyataan yang hambar, ada (yang) kata ini pengumuman untuk laksana 1 Dis, mana tahu kalau Parlimen tak luluskan.

“Saya nak tanya siapa Ahli Parlimen yang nak bantah kenaikan ini, kalau ada, kita humban dia dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penerapan Nilai Murni dan Sambutan Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini hari ini.

Sumber : Bernama