Wanita Afghanistan lahirkan anak dalam pesawat

SEORANG wanita warga Afghanistan melahirkan bayi perempuannya sewaktu berada di dalam penerbangan pesawat Turkish Airlines semalam.

Detik mendebarkan itu mendapat bantuan dari kakitangan anak kapal berkenaan sewaktu pesawat terbang pada ketinggian 30,000 kaki.

Soman Noori, 26 tahun, serta suaminya merupakan individu yang telah dievakuasi dari Kabul Dubai, sebelum menaiki penerbangan menuju ke Birmingham.

Ketika kejadian, Soman telah mengadu kesakitan sebelum proses kelahiran itu mendapat bantuan anak kapal.

Difahamkan, Kapten pesawat membuat keputusan untuk mendarat di Kuwait sebagai langkah berjaga-jaga.

Bagaimanapun, hasil pemeriksaan membolehkan ibu dan bayi tersebut untuk meneruskan penerbangan mereka ke UK.