“Bila masa saya nak tukar jantina?”- Ini penjelasan Faiz Roslan

Kredit-Instagram Faiz Roslan

Desas-desus mengatakan apabila netizen beranggapan terhadap Faiz Roslan yang ingin menukar jantina tular baru-baru ini di laman media sosial sama ada di Facebook, Instagram mahupun di Twitter.

Kemudian Faiz turut berkata, bahawa tiada sebarang kenyataan dikeluarkan olehnya yang mendakwa dia ingin menukar bahagian fizikalnya kepada perempuan atau sebaliknya. Malah, itu hanyalah tanggapan yang salah dibuat oleh netizen.

Lantas, ketika dihubungi oleh The News, pemuda yang bernama Muhammad Faiz Roslan, 20, atau lebih dikenali Faiz Roslan menjawab pertanyaan dengan lebih lanjut.

“Pada kenyataan yang saya keluarkan baru-baru ini, tiada pun menyentuh mengenai ‘penukaran jantina’, tiada langsung. Cuma apa yang saya ingin sampaikan hanyalah bertujuan membuang gambar yang agak kelihatan ‘jantan’, itu sahaja.

“Lagipun, ramai yang sudah tahu dengan penampilan saya sekarang lebih ke arah perempuan. Terpulanglah pada mereka, Saya lebih selesa dengan penampilan saya sekarang, niat saya cuma ingin mengemaskini gambar di ruangan Instagram saya sahaja.

“Dan dekat situ, saya tidak bermaksud pun yang saya akan buat pembedahan seakan wanita. Mereka di luar sana yang suka buat spekulasi dan andaian tersendiri termasuk netizen yang kecam saya,” katanya kepada The News.

Sementara itu, Faiz yang dikenali ramai di Instagram dengan pengikut ratusan ribu turut berkata, bahawa kecaman yang menimpa dia sudah menjadi kebiasaan dalam kamus hidupnya.

“Nak sentuh pasal buat baik dikecam, buat buruk pun dikecam, saya rasa itu benda kebiasaan dalam kehidupan. Lagi-lagi kalau seseorang itu dikenali orang ramai mahupun suam-suam kuku. 

“Sebagai contoh, Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin. Beliau yang sopan santun pun pernah dikecam oleh netizen inikan pula saya. Jadi saya dah biasa dengan semua perkara ini dan malas nak berbahas lebih. Kita biarkan sahaja netizen membawang,” katanya lagi.

Kredit-Instagram Faiz Roslan

Mengulas lebih lanjut, Faiz turut berkata bahawa laporan media yang mengatakan dia meminta izin kepada Ibunya untuk melakukan pembedahan menukar jantina, adalah satu fitnah semata.

Bagaimanapun, Faiz turut berkongsi perancangan dia pada tahun 2020 ini dan berkata ada pihak yang tawarkan kerja bersama. 

Kredit-Instagram Faiz Roslan

“Untuk tahun 2020 ini saya ada beberapa perancangan yang cuba direalisasikan, tapi itu semua biarlah rahsia. Setakat ini saya masih aktif dengan ulasan berbayar (paid review). Saya juga ada terima beberapa tawaran kerja dari pihak luar tapi masih dalam perbincangan untuk dipertimbangkan.

“Dan semestinya jika ada pihak yang ingin memberi tawaran kerja kepada saya, saya cuba akan pertimbangkan jika ia bersesuaian dengan saya,” katanya.