Dalam tempoh 3 minit, 10,000 ‘Sambal Nyet’ terjual

SETIAP kali menjelang bulan Ramadan, nama Khairulaming bukan lagi asing dalam kalangan rakyat Malaysia apabila kemunculannya berkongsikan menu-menu menarik sudah pasti menjadi perkara yang dinantikan pengikutnya.

Bukan setakat berkongsikan menu mudah untuk persediaan masakan, malah Khairulaming juga terkenal dengan ‘signature’ produk beliau yang dikenali sebagai Sambal Nyet.

Bermula dengan suka-suka namun siapa sangka produknya itu ibarat goreng pisang panas apabila sebanyak 10,000 produk Sambal Nyet berjaya terjual bahkan jualan itu hanya dibuat hanya dalam tempoh 3 minit.

Penjualan yang terlalu mendapat sambutan, Khairulaming sebelum ini mengakui menerima keluhan daripada orang ramai akibat sambalnya itu yang sukar dibeli berikutan terlalu cepat habis.

Khairulaming menerusi ciapannya di Twitter turut berkongsikan kisah-kisah sepanjang menghasilkan Sambal Nyet.

“10 bulan lepas bila Sambal Nyet di lancarkan, kita berjaya jual 10,000 botol sambal dalam masa 54 minit. Hari ni 10,000 botol sambal terjual dalam masa 3 minit. Terima kasih sangat guys sebab masih support sampai ke hari ni,” katanya.

Tidak cukup dengan itu, beliau turut digelar ‘sifu shoppee’ akibat hasil penjualan yang terlalu laris menerusi pasaran secara dalam talian.

Bagaimanapun, disebalik kejayaannya dalam menceburi perniagaan ini, pernah satu ketika dahulu timbul isu melibatkan produknya apabila ada pihak yang tidak bertanggungjawab bertindak menciplak produk tersebut.

Tindakan itu dipercayai sebagai langkah untuk mencuri populariti yang diperoleh Kahirulaming dengan harapan mendapat hasil jualan yang sama.