Juri Maharaja Lawak Mega 2021 bikin penonton tak senang – “Ibarat pemain bola sepak minta nasihat mak andam”

PROGRAM hiburan Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM2021) membuka tirai dengan penuh kontroversi apabila barisan juri tetap program tersebut menimbulkan rasa kurang ramai.

Kerusi juri MLM2021 diisi oleh Datuk Rosyam Nor selaku ketua juri, penyanyi Noh Salleh, aktres Diana Danielle dan Uqasha Senrose.

Luahan Sharol di Instagramnya.

Selain itu, beberapa pelawak terkenal antaranya Shahrol Shiro turut meluahkan rasa kesalnya terhadap pemilihan juri yang dikatakan perlu mampu memberi teguran membina agar para peserta MLM2021 dapat memperbaiki kesilapan mereka.

Shahrol atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi berkata demikian melalui beberapa posting di laman sosial Instagram miliknya.

Komen pengguna laman sosial.

“Stand Up Comedy Indonesia, kualiti sebuah kritikan. Jika bagus dipuji jika salah dibetulkan.

“Beritahu apa yg salah agar dapat diperbetulkan agar menjadi lebih baik atas pengalaman dan ilmu selari dengan bidang, tulis Sharol.

Shahrol juga seakan memberi bayangan jika seseorang itu mendapat nasihat daripada orang yang berlainan bidang, nescaya ia tidak akan memberi kebaikan malah perubahan lebih menjurus ke arah bidang asal penasihat.

“Analoginya apa akan jadi jika pemain bola sepak profesional tapi minta komen dan nasihat dari seorang mak andam?.

“Jawapannya disuruh make up dan touch up sebelum masuk padang, jangan lupa bawa kotak tisu senang nak lap peluh nanti, jelasnya.

Antara komen netizen tentang pemilihan juri MLM2021.

Rata-rata pengikutnya juga melontarkan komen bersetuju dengan pandangan Shahrol dan meluahkan rasa kecewa mereka terhadap pemilihan juri yang didakwa tidak mempunyai pengalaman dalam dunia lawak.

“Itulah, tak pernah pula tengok Akademi Fantasia panggil pelawak jadi juri, komen seorang pengguna Instagram.

“Teruja nak tengok MLM2021 malam tadi, tapi terkejut apabila juri diperkenalkan. Kasihan dengan pelawak Malaysia, yang senior tak dipanggil jadi juri. Juri pun tak perlu terlalu serius, ia sekadar lawak, komen seorang lagi pengguna Instagram.

“Kecewa tengok juri-juri MLM2021. Komen tak membantu untuk tingkatkan persembahan, komen pengguna Instagram.

Barisan peserta MLM2021.

Program kegemaran ramai ini turut menampilkan kelainan apabila memperkenalkan seorang lagi juri misteri yang dikenali sebagai Sang Bara.

Bagaimanapun wajah serta identitinya tidak akan didedahkan sehinggalah malam pentas akhir nanti.

MLM2021 disertai 11 kumpulan yang terdiri daripada kumpulan Boro yang dianggotai oleh Achey, Atu & Fad; Otai (Azlee, Ieda Moin & Acong), Cawan (Aliff Yasraf, Wan Gegau & Che Mat Raja Lawak), Tobat (Shuk Sahar, Bell Ngasri & Ropie), Tiro (Sharif, Syaiful & Danial Zaini) dan Puteh (Mamak, Vicha & Ali).

Turut serta ialah kumpulan R&R (Man & Rahim), Taici (Chiwan, Tapai & Ilham), Bahye (Zahid, Nizam Jentik Jentik & Shashic), 3Otak (Phoon Chi Ho, Farid Azmier & Parakash Daniel) dan Orix (Achok, Yassin & Abu Mamu).