FIFA Batalkan Peru Tuan Rumah, Alasan Tidak Mampu Sedia Infrastruktur Dimahukan

Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (Fifa) menarik balik hak Peru sebagai tuan rumah Piala Dunia Bawah 17 Tahun (B-17) berikutan ‘negara penganjur tidak mampu menyediakan infrastruktur diperlukan’.

Fifa berkata, kejohanan membabitkan 24 negara itu akan dilangsungkan pada tarikh ditetapkan iaitu bermula 10 dan kini sedang mencari tuan rumah baharu.

Kejohanan dwitahunan itu sepatutnya diadakan di Peru pada 2021, tetapi dibatalkan kerana pandemik Covid-19 manakala Brazil menjadi penganjur bagi edisi 2019.

Menerus satu kenyataan, Fifa berkata, di sebalik kerjasama positif dengan Persekutuan Bolasepak Peru, didapati masa tidak mencukupi untuk meraih pelaburan diperlukan dan melengkapkan kerja dengan kerajaan Peru sebelum kejohanan bermula.

Memetik laporan Harian Metro, ia menyatakan pihaknya terbuka untuk menganjurkan kejohanan lain di Peru pada masa depan.

Minggu lalu, Fifa menarik balik hak tuan rumah Piala Dunia B-20 – yang sepatutnya berlangsung bermula 20 Mei hingga 11 Jun – dari Indonesia, berikutan negara itu mahu mengharamkan penyertaan Israel yang layak kali pertama.

Sumber gambar – Bola Okezone | Sumber laporan – Harian Metro