Gara-Gara Dipanggil Pondan, Pelajar Tembak Rakan Sekelas

Kejadian menembak berlaku apabila seorang remaja lelaki berusia 13 tahun melepaskan tembakan pada rakan sekelasnya dipercayai dibuli dan dihina dengan panggilan ‘lady boy’ di sekolah Bang Kraso, Daerah Muang, Thailand, Hari ini.

Kemudian, kejadian tembakan itu berlaku lingkungan jam 8.30 pagi waktu Malaysia. Mangsa yang bernama Chonlasit Boonchan, 13, ditemui terbaring berlumuran darah di hadapan kelasnya. Kesan tembakan jelas terkihat di bahagian dahi mangsa.

Menurut Yayasan Penyelamat, Yayasan Siamnontaburi, memaklumkan suspek itu memakai topeng hitam, baju dan sarung tangan ketika dia melepaskan tembakan ke arah Chonlasit.

Tambahnya lagi, Suspek segera melarikan diri dari tempat kejadian dan pergi ke arah tandas untuk menukar pakaian sekolahnya. Tetapi pada masa yang sama, dia berjaya ditangkap oleh guru dan pelajar di sekolah.

Suspek memberitahu polis bahawa mangsa telah berulang kali menamparnya dan memanggilnya sebagai ‘lelaki lembut’ (pondan) yang membuatkan dia geram lalu menembak mangsa.

Suspek turut memberitahu polis bahawa dia telah mencuri pistol bapanya pagi ini dan menembak Chonlasit ketika mangsa sedang membuka kasutnya untuk memasuki bilik darjah.

Polis turut menemukan sepucuk pistol 7.65 milimeter di dalam beg sandang remaja itu.

Bagaimanpun, laporan Bernama mengatakan, Remaja itu kemudiannya ditahan tetapi pihak polis tidak mendedahkan tuduhan yang akan dikenakan ke atasnya.