Selepas Dr. Nur Amalina kini giliran Dr.Farah Roslan buat Malaysia bangga -Anak Malaysia cipta tudung steril pakai buang pertama di UK

Sebuah hospital di United Kingdom, dikatakan menjadi hospital pertama yang memperkenalkan tudung steril pakai buang yang digunakan dalam dewan bedah.

Menjadi pencetus idea untuk tudung ini adalah doktor kelahiran Malaysia, Doktor Farah Roslan yang sebelum ini pernah menjalani latihan di Hospital Royal Derby.

Jelas Farah idea untuk mencipta tudung steril pakai buang ini wujud apabila timbul rasa risau akan penularan kuman melalui tudung yang digunakan dia sepanjang hari apabila menjalankan pembedahan.

 

Sementara itu Farah yang kini menjadi doktor di Lincolnshire, memberitahu sebelum ini dia merupakan pelajar perubatan University Hospitals of Derby dan Burton NHS Trust.

“Saya menggunakan tudung yang sama sepanjang hari yang secara jelas tidak bersih dan sesuai,” kongsinya kepada BBC Radio Derby

“Saya tidak selesa untuk menanggalkan tudung dan saya ditarik keluar dari dewan bedah dalam mengelakkan sebarang jangkitan,” katanya.

Mencari jalan keluar antara “kod berpakaian dalam agama” dan “minat” untuk berada di dalam dewan bedah, akhirnya dia kembali ke Malaysia untuk mencari rekaan dan mencuba fabrik yang sesuai.

“Saya sangat gembira dan berharap agar idea tudung steril pakai buang ini boleh digunakan secara meluas dinegara ini,” katanya.