Tular rakaman Rina Harun sekolahkan Rosyam Nor, rupa-rupanya ini yang ‘Castello’ cakap…

berita viral

SATU rakaman perdebatan antara Datuk Seri Rina Mohd Harun, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama pelakon Datuk Rosyam Nor tular di laman sosial sejak petang tadi.

Video tersebut memaparkan memaparkan usahawan selebriti itu seakan-akan berang dengan golongan wanita yang dikatakan ‘lambat’ dalam melakukan segala perkara.

“Bangun lambat, semuanya lambat. Perempuan ni semua lambat. Bangkitlah daripada tidur, esok jom jumpa saya di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur dalam program Wanita Bangkit bersama Datuk Seri Rina Mohd Harun.

“Datang lah esok, saya nak ‘belasah’ kepala anda, barulah wanita bangkit,” kata Rosyam Nor.

Video tersebut mula dimuat naik di akaun TikTok rasmi Rina Harun petang tadi.

Apa yang lebih menarik, kata-kata Rosyam dibalas Rina yang mempertahankan kekuatan golongan wanita.

Video yang tular

“Datuk Rosyam, saya nak bagitahu, kita selalu dengar disebalik kejayaan lelaki ada wanita hebat disebelahnya.

“Tetapi disebalik kejayaan seorang wanita belum tentu ada lelaki disebelahnya,” balas Rina.

Bagaimanapun ‘perdebatan’ itu berakhir dengan gelak tawa mereka berdua.

Rata-rata netizen turut terhibur dengan gaya santai kedua-dua individu berpengaruh itu.

Video tersebut telah ditonton lebih 30 ribu kali dan mendapat dan hampir dua ribu tanda suka di setakat artiken ini ditulis.

Rakaman tersebut juga berjaya memasuki senarai For Your Page (FYP).

Program Keusahawanan Wanita Bangkit @ KPWKM

Program Keusahawanan Wanita Bangkit @ KPWKM dengan kerjasama Yayasan Kebajikan Negara dan Usanita akan diadakan pada Selasa bermula 9 pagi sehingga 6 petang bertempat di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan buat pengunjung antaranya perkongsian bersama usahawan selebriti, tips & nasihat daripada Perintis Usanita, perkhidmatan JKM serta banyak lagi.