Sekumpulan Lelaki Bergaduh Di Sebuah Restoran Di Pandan Indah

Foto : Kosmo

PETALING JAYA – Tular di media sosial rakaman video sekumpulan lelaki bertindak agresif dengan merusuh di sebuah restoran di Pandan Indah, di sini, malam tadi.

Difahamkan, kejadian sekitar pukul 10 malam itu membabitkan dua kumpulan lelaki dipercayai berkumpul di kedai berkenaan sebelum berlaku pergaduhan.

Video berdurasi 30 saat itu memaparkan pergaduhan membabitkan lebih daripada 10 orang lelaki yang berbalas pukulan, dan membaling kerusi kepada individu lain.

Turut kelihatan beberapa pengunjung yang tidak terlibat dengan rusuhan itu beredar daripada lokasi tersebut kerana risau turut cedera dengan insiden itu.

Bagaimanapun, punca pergaduhan masih belum dapat dipastikan.

Sumber : Kosmo