“Memang Polis Lah Jawapannya” – Kontraktor Rumah Buat Hal, Nora Danish Ambil Tindakan

Pelakon Nora Danish terpaksa tinggal di hotel selama lebih empat dan sudah lebih tiga menumpang di rumah mentua gara-gara kontraktor yang diupah untuk ubah suai rumah didakwa menipunya.

Nora Danish, 42, berang kerana kontraktor yang sudah dianggap sebagai adik itu gagal menyiapkan rumahnya seperti yang telah dijanjikan walaupun bayaran telah dibuat sebanyak 90 peratus.

 

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)

“Saya sudah bayar 90 peratus sejak Ogos lalu dan tinggal di hotel sudah melebihi empat bulan. Sekarang tiga bulan saya menginap di rumah ibu. Betapa penatnya hadap benda ini.

“Salah saya kerana terlalu mempercayai individu yang dianggap ‘adik’, kerja tak habis terus angkat kaki

“Tinggalkan kami terkontang-kanting kena tipu dengan kontraktor tidak berhati perut,” luahnya

Menurut Nora Danish lagi, beliau memberi masa sehingga minggu hadapan untuk kontraktor tersebut menyiapkan rumahnya sebelum pelakon Polis Evo itu menyerahkan kepada pihak polis.

 

“Dah cuba redha dan bagi peluang banyak kali.

“Menjelang minggu hadapan kalau tak siap, korang masuk penjara,” luah Nora Danish.

Nora Danish juga berharap agar kejadian yang menimpa dirinya ini membuka mata semua pihak agar berhati-hati dalam memilih kontrator.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NaOra Daishi (@noradanish)