Ruhainies Mohon Maaf, Ajak Bella Astillah Berjumpa. Namun Sarah Yasmine Enggan

Setelah lama berdiam diri, akhirnya Ruhainies memuat naik hantaran di Instagram story memohon maaf kepada Bella Astillah di atas kontroversi yang melanda disebabkan pendedekan yang dilakukan oleh seorang wanita bernama Sarah Yasmine.

“Saya memilih untuk berdiam diri bukan untuk mengiyakan atau menidakkan, tetapi dengan niat untuk mengelakkan bergaduh di media sosial dan memanjangkan lagi isu

“Dengan rendah diri saya ingin memohon maaf kepada Bella Astillah di atas segala yang telah berlaku. Saya ingin bertemu awak untuk jernihkan keadaan supaya segalanya selesai,” jelasnya.

Menurut kenyataan lagi, pelakon tersebut turut mengajak Sarah Yasmine untuk berjumpa.

Bagaimaanpun, Sarah enggan bertemu Ruhainies kerana mendakwa sudah dua kali Ruhainies menipunya.  Bukan itu sahaja, Sarah juga menyekat Ruhainies di aplikasi Whatsapp.