Bapa Rayu Dana RM250,000 Selamatkan Nyawa Anak

Foto : Kosmo

JOHOR BAHRU – Sepasang suami isteri merayu sumba­ngan orang ramai bagi membantu anak mereka berusia 22 hari yang sedang bertarung nyawa di sebuah hospital pakar di sini.

Bayi berkenaan, Malique Myo yang dilahirkan pada 11 Julai lalu disahkan mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.

Khairul Baqi Hakimi Md. Tahir, 24, berkata, pada awalnya, bayi­nya berada dalam keadaan baik ketika dalam kandungan isteri, namun pada pukul 5.30 pagi jururawat mendapati degupan jantung Malique semakin lemah.

“Isteri saya dinasihatkan bersalin segera bagi menyelamatkan nyawa anak kami. Malique dilahirkan pukul 7.10 pagi (11 Julai), namun lepas dua minit dilahirkan, dia perlu menggunakan alat bantuan pernafasan.

“Pasukan perubatan melakukan X-ray dan mendapati paru-paru Malique sudah dijang­kiti kuman. Doktor memaklumkan punca paru-paru anak kami dijangkiti kuman kerana termakan najis semasa dalam kan­dungan,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Menurut peniaga itu, pasukan perubatan hospital pakar sebelum ini mencadangkan supaya bayinya dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) atau Hospital Sultan Ismail (HSI).

Disebabkan Unit Rawatan Rapi Neonatal HSI masih dalam proses selenggara dan tiada kekosongan katil di HSA, Malique dipindahkan ke sebuah hospital swasta di Johor Bahru.

“Kami tiada pilihan selain bersetuju demi nyawa anak. Kami memerlukan RM250,000 bagi menampung kos rawatan Ma­lique selama dua bulan.

“Saya mencagar motosikal berkuasa tinggi untuk mendapatkan wang RM25,000 bagi membayar bil hospital,” katanya.

Orang ramai yang ingin me­nyumbang boleh berbuat demikian menerusi Maybank Khairul Baqi bernombor 551016760186 atau menghubungi beliau di talian 012-7712665.

Sumber : Kosmo