Seorang Lelaki Cedera Terpijak Paku Yang Ditanam Dalam Tar

Seorang lelaki cedera selepas terpijak paku yang dipercayai ditanam dengan sengaja oleh pihak yang tidak bertanggungjawab di Bandar Country Homes, Rawang ketika sedang berjoging.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan oleh @callmeyid di X, paku tersebut ditanam sederet di bahu jalan dipercayai untuk menganiaya penunggang motosikal dan juga pemandu kereta.

“Nak jogging dekat bahu jalan pun tak selamat dah. Ada orang gila tanam paku. Mungkin dia target kereta atau motor. Hati-hati lah guys,” tulisnya.

 

 

Pelbagai reaksi diberikan pengguna media sosial.

“Selalu perangai kedai-kedai bengkel atau owing ni. Bila kena tersadai laju je dorang mai. Perangai haram jadah

“Kita orang rider, dah serik lalu kat bahu jalan. Follow belakang kereta atau tengah

“Elok kalau ada CCTV yang leh capture siapa pelaku. Memang takda kerja,” antara komen netizen.