Gunung Ruang Meletus 5 Kali, Indonesia Keluarkan Amaran Tsunami

Susulan letusan Gunung Ruang sebanyak lima kali dan menghamburkan abu setinggi lebih 1 kilometer ke udara, pihak berkuasa Indonesia mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk di negara tersebut.

Menurut Agensi Vulkanologi Indonesia, Gunung Ruang yang terletak di wilayah Sulawesi Utara meletus buat kali pertama pada 9.45 malam (waktu tempatan) kelmarin dan disusuli empat letusan lain semalam.

Menurut beberapa pegawai berkata, amaran tsunami dikeluarkan kerana khuatir sebahagian daripada gunung berapa tersebut mungkin akan runtuh ke dalam laut dan menyebabkan tsunami seperti yang pernah berlaku pada tahun 1871.

Tahap amaran untuk gunung berapi itu setinggi 725 meter di atas paras laut itu ditingkatkan daripada tiga kepada empat semalam sekali gus tertinggi dalam sistem amaran bencana  empat peringkat.

“Berdasarkan pemerhatian visual dan bacaan  yang menunjukkan peningkatan dalam aktiviti gunung berapi, paras amaran Gunung Ruang dinaikkan daripada tahap tiga kepada tahap empat,” kata Ketua Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi (PVMBG), Hendra Gunawan dalam satu kenyataan.

Sumber : Kosmo!