Home Berita Semasa Sebulan Berlalu, Polis Masih Kesan Pemilik RM 500, 000 Dalam Bagasi

Sebulan Berlalu, Polis Masih Kesan Pemilik RM 500, 000 Dalam Bagasi

Sudah lebih sebulan wang tunai berjumlah RM 500, 000 dalam bagasi ditemui di tempat letak kereta sebuah pusat membeli belah di Damansara pada 20 Mac lalu.

Namun pemiliknya masih belum ditemui oleh pihak polis.

Bagaimanapun menurut Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi, setakat ini seramai 10 individu telah dirakam keterangan berhubung penemuan wang terbabit termasuk seorang pengurus sebuah syarikat.

“Tiada tempoh atau had masa untuk tuntutan tersebut.

“Setakat ini berdasarkan keterangan yang didapati belum memuaskan hati kita,” katanya ketika sidang akhbar di Mess Pegawai Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini pada Rabu.

Menurutnya lagi, pihaknya masih menunggu laporan forensik yang didapati berdasarkan pemeriksaan pada bagasi berkenaan.

“Siasatan dari pelbagai sudut masih dijalankan termasuk melibatkan sumber wang tersebut didapati.”Analisis berkaitan cap jari juga sebelum ini telah dihantar kepada forensik dan kita masih menunggu laporannya,” katanya.

Sumber : Sinar Harian