Hidup bak kayangan! gadis 17 tahun dapat hadiah harta dan tanah dari bapa!

TULAR sebuah perkongsian video dimuat naik oleh seorang gadis bernama Farisa berasal dari Indonesia yang merayakan hari ulang tahun kelahirannya ke-17.

Video itu telah mendapat 4.4 juta tontonan dan menurut cerita gadis itu pada hari lahirnya hanya bapanya seorang sahaja yang belum memberikan sebarang hadiah kepadanya.

Tidak lama selepas itu, bapanya pulang dan berjanji akan memberikan hadiah pada hari tersebut juga. Kemudian, Farisa dibawa ke sebuah tempat yang agak janggal sehingga akhirnya apabila dia memahami apakah hadiah yang diberi bapanya, dia terus bahagia.

Hadiah istimewa yang diberi oleh bapanya adalah berupa tanah dan saham untuk diinvestasikan atas namanya. Hadiah tersebut dipamerkan oleh Farisa sendiri melalui akaun Tiktok bernama @itsficaa.

Woah! Untung betul jadi anak orang kaya kan!