Pernah rujuk, Zarina Anjoulie cerai kali kedua

BAGI setiap pasangan sudah berkahwin, sudah pasti ramai yang berharap agar masjid yang dibina akan berkekalan sehingga ke syurga. Walau bagaimanapun, tidak ada sesiapa yang dapat menduga jika ianya terputus di tengah jalan.

Selebriti terkenal, Zarina Anjoulie sebelum ini pernah mengumumkan bahawa dia dan bekas suami sudah kembali rujuk. Namun, baru-baru ini dia membuat kejutan sekali lagi apabila memuat naik perkongsian di Instagram mengkhabarkan penceraiannya kali kedua dengan Eilyas Azhar.

Berita itu nyata mengejutkan ramai apabila pasangan merpati dua sejoli itu dilihat mesra seperti sebelum ini selepas membuat keputusan untuk rujuk kembali baru-baru ini.

Untuk pengetahuan, Zarina dan Eilyas memutuskan untuk berpisah selepas 8 bulan berkahwin namun kemudiannya memilih untuk rujuk pada Mac lalu.