“Blackout mega” lumpuhkan sebahagian besar Selangor, Kedah, Pahang

Blackout photo created by freepik - www.freepik.com

SEBAHAGIAN besar negeri Selangor serta beberapa negeri lain dilaporkan mengalami gangguan bekalan elektrik sejak tengah hari tadi.

Meninjau rungutan pengguna di laman sosial, antara kawasan yang terlibat ialah Shah Alam, Petaling Jaya, Ampang, Keramat dan beberapa kawasan lain.

Selain itu, beberapa kawasan di Kedah antaranya Kulim dan Sungai Petani turut menghadapi situasi sama.

Turut terkesan ialah beberapa kawasan di Pahang antaranya Bentong dan Kuantan.

Beberapa pusat beli belah terkenal di Kuala Lumpur juga berdepan masalah bekalan elektrik.

Pengguna di Kelantan turut melaporkan gangguan sama.

Kenyataan awal oleh TNB

Tenaga Nasional melalui laman media sosial mereka mengesahkan kejadian gangguan yang berlaku.

“Ketika ini terdapat gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan.

“Pasukan teknikal kami sedang mengenalpasti punca kejadian. Usaha sedang giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.

“Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” tulis kenyataan tersebut.