7 negeri dijangka alami hujan lebat dan ribut petir sehingga 9 malam ini

Pattern photo created by Kireyonok_Yuliya - www.freepik.com

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda 7 negeri dan beberapa kawasan sekitarnya sehingga 9 malam ini.

Negeri yang terlibat sehingga 9:00 malam ialah Kedah (Padang Terap, Sik dan Baling), Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar dan Kinta), Pahang (Tanah Tinggi Cameron dan Lipis), Selangor (Petaling dan Sepang), WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya.

Manakala, di negeri Sarawak pula melibatkan kawasan Sri Aman, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau dan Sebauh) dab Limbang.

Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan diri serta keluarga.