Jangan terpedaya! Cuti kelepasan am 3 Feb adalah palsu

SEBUAH tangkap layar yang tular di media sosial mengenai pengisytiharan hari kelepasan am di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan pada 3 Feb 2022 adalah palsu, menurut Jabatan Perdana Menteri (JPM).

JPM menerusi catatan di Facebook hari ini memaklumkan bahawa maklumat yang tertera di atas tangkap layar dengan tajuk ‘Pemberitahuan Di Bawah Subseksyen 9(2) Akta Hari Kelepasan 1951 [Akta 369]’ adalah tidak benar.

“JPM ingin menegaskan bahawa maklumat yang tertera di atas tersebut adalah tidak benar.

“Orang ramai diminta agar tidak menyebarkan atau berkongsi sebarang maklumat yang tidak pasti atau palsu,” tulis hantaran tersebut.