Zahirah Macwilson ajar netizen sebut nama anak dengan betul – “Ejaan nama yang saya pilih itu lebih unik dan rare”

AKTRES Zahirah Macwilson ajar netizen sebut nama anaknya dengan betul Isaac Raees menerusi Instastory miliknya.

Katanya, gabungan nama Isaac dan Raees merupakan lima nama yang menjadi simpanan dalam telefonnya.

Ia turut menjadi kesukaan ibu dan suaminya Aiman Hakim Ridza.

Isaac Raees kini mempunyai 80,000 pengikut di Instagram.

“Ketika usia kandungan saya sekitar empat atau lima bulan, kami dah panggil nama anak dengan nama Isaac serta Raees.

“Ejaan nama yang saya pilih itu lebih unik dan ‘rare’ namun masih lagi bermakna dalam Islamik,”kata Zahirah.

Jumaat lalu, pasangan pelakon ini dedahkan wajah anak sulungnya selepas berusia dua bulan untuk tatapan umum.

Selain itu, Aiman dan Zahirah juga telah membuka akaun Instagram rasmi @Isaacraees yang berjaya mengumpul lebih 80,000 pengikut setakat ini