“Sharifah Sakinah perlu jaga adab” Pesan PU Syed

PENCETUS Ummah (PU) Syed dengan lapang dada menegur pelakon wanita terkenal Sharifah Sakinah agar menjaga adab dalam pemakaian.

PU Syed atau nama sebenarnya, Syed Mohd Bakri Al Yahya menjelaskan adab itu perlu agar cara pemakaian yang kelihatan menjolok mata tidak terikut-ikut oleh orang ramai terutama pengikut laman sosialnya.

Tambah PU Syed menerusi surat terbukanya itu, teguran yang dibuat untuk menyelamatkan aktres tersebut daripada terus hanyut dengan ujian dunia.

“Puan Sharifah Sakinah mempunyai seramai 2.4 juta pengikut di Instagram manakala di media sosial yang lain saya tak tahu dan tidak ingin ambil tahu.

“Saya ingin tegur perbuatan puan, sekaligus dapat menegur pengikut puan yang ramai itu kerana pasti akan ada yang terikut dengan gaya hidup puan ini.

“Sekalipun hidup kita ini bebas, namun bagi umat Islam ada batas-batas yang tidak boleh dilangkaui serta dilanggari,” katanya.

Jawapan balas Sakinah.

Dalam pada itu, Sakinah sambut baik teguran PU Syed dan memohon maaf menerusi laman Instagram miliknya.

Dia turut meminta semua pihak mendoakan yang terbaik buat dirinya.

“Saya minta maaf, doakan yang baik-baik,” katanya.