Farid Buat Surprise Pergi Mahkamah, Bawa Bunga Untuk Diana Tanda Pendamaian

PELAKON, Farid Kamil  tampil membawa sejambak bunga bagi memujuk isterinya, Diana Danielle, apabila tiba di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pagi ini.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari yang tiba kira-kira jam 9 pagi kelihatan tenang dan tersenyum sambil membawa sejambak bunga antaranya mawar merah.

“Bunga ini untuk Diana tanda perdamaian pertama,” terangnya ringkas ketika ditanya sebab membawa sejambak bunga kepada Harian Metro.

Difahamkan Farid akan memaklumkan kepada mahkamah bagi perlantikan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam menyelesaikan kemelut rumah tangganya, hari ini.

Dalam pada itu, Diana Danielle yang hadir berpakaian serba hitam dan berkaca mata hitam tiba di mahkamah pada jam 8.55 pagi.

‘Salam Ramadan,” sapanya kepada wartawan sebelum memasuki mahkamah.

Terdahulu pada 10 Mac lalu, Diana telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari pada 10 Mac lalu dengan alasan iada persefahaman, sudah berlaku shiqaq atau perbalahan berpanjangan dan tidak dapat lagi hidup bersama sebagai suami isteri.

Bagaimanapun, Farid enggan melafazkan cerai terhadap Diana.

Sumber gambar – Harian Metro (Aswadi Alias) | Sumber laporan – Harian Metro