Nadia Kahf hakim pertama yang berhijab di New Jersey

PEGUAM Amerika Syarikat (AS), Nadia Kahf dilantik ke Mahkamah Tinggi New Jersey, menjadi hakim berhijab yang pertama di negara itu, menurut laporan media tempatan, seperti yang dipetik oleh Agensi Anadolu.

Agensi Anadolu melaporkan, Kahf berhijrah ke AS dari Syria bersama keluarganya ketika berusia dua tahun seorang peguam undang-undang keluarga dan imigresen di bandar Wayne, mengangkat sumpah Khamis lalu, dengan tangannya di atas senaskhah al-Quran, menurut laman berita tempatan North Jersey.

Memetik laporan Harian Metro, Nadia akan bertugas sebagai Hakim Mahkamah Tinggi Passaic County selepas Gabenor New Jersey Phil Murphy mencalonkannya tahun lalu.

Walaupun Kahf bukan wanita Islam pertama yang berkhidmat sebagai hakim negeri, beliau adalah yang pertama memakai hijab.

Sejak 2003, beliau sudah menganggotai lembaga Majlis Perhubungan Amerika-Islam bahagian New Jersey, sebuah pertubuhan hak sivil Islam di mana Cik Kahf kini berkhidmat sebagai pengerusi.

Beliau juga adalah penasihat undang-undang kepada Wafa House, sebuah agensi keganasan rumah tangga dan perkhidmatan sosial bukan untuk untung yang berpangkalan di bandar Clifton, dan juga seorang pengerusi Pusat Islam Passaic County.

Gambar : Dawn | Sumber : Harian Metro