Jawi Terpaksa Panggil Bomba, 3 Jam Tunggu Aliff Aziz Buka Pintu

Adik kepada pelakon Bella Astillah iaitu Didi Astillah mengesahkan abang iparnya, Aliff Aziz ditangkap khalwat bersama dengan seorang pelakon wanita.

Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) terpaksa mengubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) selepas Aliff Aziz dan pasangannya enggan membuka sebuah unit kondominium mewah di ibu negara awal pagi tadi.

Bagaimanapun, selepas tiga jam penguatkuasa berada di depan rumah pelakon wanita itu, Aliff terpaksa akur selepas bomba mahu memecahkan pintu jika enggan beri kerjasama.

Dalam operasj yang bermula kira-kira jam 10.30 malam tadi itu, pasukan penguat kuasa Jawi tiba dengan dua van.

Pasangan itu kemudian dibawa ke pejabat Jawi dengan menaiki sebuah kenderaan lain untuk proses selanjutnya.

Sumber : Harian Metro