Demi Rumah Tangga, Farid ‘offer’ Diana RM319,700 Usaha Lembutkan Hati Isteri

Demi menyelamatkan rumah tangganya, Farid Kamil, 42, memberikan empat tawaran dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM319,700 kepada isterinya, Diana Danielle, 32.

Empat tawaran itu ialah sebuah kereta Toyota Vellfire berharga RM225,000; barangan kemas bernilai RM10,700; wang pendahuluan nafkah dari Mac hingga Jun 2023 sebanyak RM40,000 dan bayaran balik kos tiket mengerjakan umrah bernilai RM44,000.

Farid juga mendakwa kos umrah berkenaan sepatutnya adalah hadiah tetapi sudah bertukar menjadi hutang.

“Saya dengan setulus hati, di bulan Ramadan penuh keberkatan ini ingin menawarkan kepada isteri saya, Diana Danielle Danny Beeson, tawaran seperti ini sebagai usaha saya untuk menyelamatkan keluarga yang amat saya sayangi.

“Saya amat berharap dengan tawaran ini mampu melembutkan hati isteri demi masa depan anak-anak kami,” katanya dalam laporan Harian Metro.

Diana bagaimanapun tidak hadir untuk prosiding sulh bersama pegawai di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, hari ini.

Sumber gambar – Majoriti | Sumber laporan – Harian Metro