Neelofa selamat lahirkan cahaya mata, kongsi nama anak di Instagram

USAHAWAN selebriti terkenal Neelofa dilaporkan sudah selamat melahirkan cahaya mata pertamanya.

Neelofa atau nama sebenarnya Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor mengumumkan khabar gembira itu sebentar tadi melalui perkongsian di Instastory laman Instagram miliknya.

Dia turut mendedahkan nama anak lelakinya iaitu Muhammad Bilan bin Muhammad Haris.

“Assalamualaikum Muhammad Bilan bin Muhammad Haris,” tulisnya ringkas.

Melalui satu laporan, Neelofa dikatakan selamat melahirkan cahaya mata sulung pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.

Neelofa dan suaminya, Haris bernikah di sebuah hotel terkemuka di ibu negara pada 27 Mac tahun lalu.