Kanak-kanak terpotong kemaluan dengan lesung ketika tumbuk sayur

Gambar hiasan

SEORANG kanak-kanak lelaki mengalami detik ngeri dalam hidupnya apabila terpotong hujung kemaluannya sendiri semasa menggunakan alu dan lesung semasa menumbuk sayur-sayuran.

Mangsa dikatakan sedang membantu ibunya menyediakan hidangan di rumah mereka di luar ibu negara Gabon, Libreville ketika kejadian ngeri itu berlaku, lapor Kosmo.

Dia yang baru berusia sembilan tahun kemudiannya dikejarkan ke hospital di Gabon selepas hujung kemaluannya terpotong ketika meletakkan alat tersebut antara dua pahanya.

Petugas kesihatan terus membawanya ke bilik bedah bagi menentukan tahap kecederaannya setelah dia tiba di hospital dengan balutan yang berdarah di celah kangkangnya.

Hujung zakarnya tercabut dengan uretranya iaitu tiub yang menyalurkan air kencing didapati terputus dengan teruk.

Uretranya disambung menggunakan tiub dan kemaluannya kemudian dijahit semula setelah mangsa dibius.

Doktor-doktor terus membawanya ke bilik bedah bagi menentukan tahap kecederaannya setelah dia tiba di hospital dengan balutan yang berdarah di celah kangkangnya.

Hujung zakarnya tercabut dengan uretranya iaitu tiub yang menyalurkan air kencing didapati terputus dengan teruk.

Uretranya disambung menggunakan tiub dan kemaluannya kemudian dijahit semula setelah mangsa dibius.

Dia dilaporkan demam selama empat hari selepas pembedahan selesai dengan daging di sekeliling kemaluannya mencecah suhu 39 darjah Celsius.

Bagaimanapun, demamnya reda selepas rawatan dijalankan dan dia dibenarkan keluar dari hospital 25 hari kemudian. 

Mangsa bagaimanapun dilaporkan pulih sepenuhnya dengan kemaluannya kembali berfungsi secara normal setahun kemudian. 

Sumber: Kosmo