Rakyat Malaysia ditahan di Australia, edar 450 kilogram Heroin

SEORANG lelaki warga Malaysia berusia 38 tahun ditahan polis Australia selepas dikesan cuba menyeludup dadah jenis heroin bernilai RM431.8 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata kesemua dadah yang cuba diseludup itu adalah seberat 450 kilogram.

“Polis ketika ini sedang bekerjasama dengan pihak Australian Federal Police (AFP) bagi menjalankan siasatan lanjut.

“Segala tindakan akan diambil untuk memastikan kegiatan pengedaran dadah yang menjadi ancaman negara dapat dibanteras tanpa kompromi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kontena berisi dadah yang dirampas.

Sabtu lalu, polis Australia memaklumkan telah merampas penghantaran dadah melibatkan dadah jenis heroin

Menurut pihaknya, dadah berkenaan dikesan di dalam sebuah kontena kapal dengan muatan jubin seramik.

Suspek didakwa mengimport dan cuba memiliki dadah kawalan dalam kuantiti komersial dan sabit kesalahan boleh dkenakan hukuman penjara seumur hidup.

Rampasan tersebut dikatakan mampu menyelamatkan sebanyak 225 nyawa daripada penggunaan najis dadah itu.