Alif Satar dedah dirinya positif Covid-19 – “Mengejutkan dan mendukacitakan… Saya mohon maaf”

PENYANYI terkenal Alif Satar mendedahkan dirinya didapati sah Covid-19 selepas menjalani beberapa ujian saringan.

Alif atau nama sebenarnya Muhammad Alif bin Mohd Satar, menjelaskan perkara mendukacitakan itu melalui laman Instagramnya pada petang Ahad.

“Assalamualaikum, dalam kesibukan menjalankan penggambaran, Alif telah melakukan beberapa ujian saringan Covid-19.

Status yang dikongsi Alif sebentar tadi

“Malangnya, keputusan terkini yang Alif baru sahaja terima harI ini, telah menunjukkan bahawa Alif didapati positif Covid-19 dan perkara ini amatlah mengejutkan dan mendukacitakan,” Tulis Alif.

Pengacara program Big Stage juga berkata dia amat gusar dengan tahap kesihatan keluarga dan kontak rapatnya.

Malah Alif turut memohon agar peminat mendoakan kesihatannya yang kini menjalani proses kuarantin.

Alif gusar tahap kesihatan keluarga dan kontak rapat.

“Perkara pertama bila alif dapat tahu keputusan ini, adalah semestinya tahap keselamatan keluarga. Isteri dan anak-anak Alif, rakan-rakan di set penggambaran dan semestingya contact-contact rapat yang telah berjumpa dengan Alif. Alif juga telah memberi nama kepada pihak KKM, kontak rapat yang Alif kenal pasti dalam tempoh 14 hari.

“Alif mohon doa semua agar diberikan kesembuhan dan kekuatan untuk menempuh dugaan Allah. Alif kini sedang menjalani proses kuarantin,” tambahnya.

Pendedahan Alif itu turut mengejutkan rakan-rakan selebriti.

Rata-rata mereka mendoakan agar Alif segera sembuh.