[Video] Jemaah ‘Istimewa’ Jejak Kaki ke Tanah Suci Undang Sebak

 

Menjejakkan kaki ke Tanah Suci pastinya merupakan impian setiap umat Islam. Impian sekumpulan jemaah daripada Persatuan Orang-Orang Cacat penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci tercapai dan pengalaman manis mereka turut dirasai ramai orang.

Sebuah video dikongsikan Andalusia HQ di Tiktok memaparkan seorang mutawif sedang membimbing dan membawa jemaah lelaki yang memakai ihram ke kawasan Kaabah.

@umrahandalusiadotcom “ LULUH HATI MELIHAT JEMAAH ISTIMEWA INI TIBA DI HADAPAN KAABAH 🕋😭 ” Bagi insan yang celik, video ini adalah bukti ibadah umrah yang telah disempurnakan, namun bagi tetamu Allah yang istimewa dari PERTIS ini, kenangan ini pasti diabadikan dalam sanubari mereka dan bakal ditayangkan semula di hadapan yang Maha Pencipta di akhirat kelak. Semoga jemaah istimewa ini dapat peroleh pahala umrah yang maqbullah dan diberikan nikmat melihat suatu hari nanti . Kalau anda ada bersama sama dengan insan Istimewa ketika ini , apakah perasaan anda?🥹 Semoga bermanfaat Jangan lupa like & kongsi untuk lebih banyak lagi tips dan info berkaitan haji dan umrah ! #umrahandalusia2024#umrah2024 #umrahandalusia #andalusiatravel #elakkanscamumrahhaji ♬ Illahi Moqaleb Al Qoulob – Mohamed Tarek

“Bagi insan yang celik, video ini adalah bukti ibadah umrah yang telah disempurnakan, namun bagi tetamu Allah yang istimewa dari PERTIS ini, kenangan ini pasti diabadikan dalam sanubari mereka dan bakal ditayangkan semula di hadapan yang Maha Pencipta di akhirat kelak.

“Semoga jemaah istimewa ini dapat peroleh pahala umrah yang maqbullah dan diberikan nikmat melihat suatu hari nanti,” tulis kenyataan tersebut.

Video tersebut mendapat tontonan hampir 9 juta di Tiktok. Ramai yang sebak dan rasa terharu melihat jemaah tersebut menyempurnakan ibadah umrah mereka termasuk bagi mereka yang bukan Islam.

“I’m hindu, but I cried after I watch. Feel so happy for them to stand in front of kaabah.

Hinanya aku, aku sempurna, mampu ada duit tapi masih belum sampai lagi kat Mekah

“Mengalir air mata tengok video ni. Saya pun ada 2 orang anak OKU cacat penglihatan. Semoga ada rezeki saya bawa mereka ke sana, insya-Allah,” antara pengguna media sosial yang turut berkongsi perasaan.

Ramai juga yang memuji mutawif yang bertugas yang dikenali sebagai Ustaz Rock.