[Video] Kanak-kanak 5 Tahun Maut Direndam Dalam Sungai, Untuk Ubati Kanser

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut selepas direndam oleh ahli keluarganya di Sungai Ganga, Haridwar, India.

Tindakan merendam kanak-kanak malang terbabit dipercayai dapat mengubati kanser darah yang dihidapinya. Menerusi satu video yang tular di media sosial sejak minggu lalu memaparkan ibu bapa kanak-kanak itu sedang berdoa di tepi sungai sementara ibu saudaranya sedang menenggelamkan mangsa di dalam air.

Kanak-kanak tersebut dibiarkan berendam kira-kira lima minit. Walaupun sudah diminta oleh orang ramai untuk menarik kanak-kanak tersebut, ibu saudara mangsa tetap bertegas untuk membiarkannya dan menghalau orang ramai yang cuba menarik keluar budak tersebut.

Menurut Ketua Polis Haridwar, Swantantra Kumar berkata, mangsa sebelum ini menjalani rawatan di sebuah hospital terkemuka di Delhi. Namun, menurut doktor penyakit mangsa tidak dapat disembuhkan.

Ekoran daripada itu, ibu bapa mangsa percaya Sungai Ganga dapat menyembuhkan penyakit kansar darah anaknya.