Tiada Halangan Ucapan Krismas Atas Kek

 

Tiada halangan bagi premis pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) untuk menulis sebarang bentuk tulisan berkaitan ucapan perayaan pada kek atau seumpamanya.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kenyataannya menasihatkan semua pemegang SPHM untuk merujuk kepada Jakim atau JAIN/MAIN terlebih dahulu jika terdapat sebarang kekeliruan berkaitan pensijilan halal Malaysia.

Ia berikutan isu tular di media sosial berkenaan isu larangan ucapan ‘Merry Christmas’ pada kek berikutan Memorandum dari Syarikat Berry’s bertarikh 14 Disember 2023 bertajuk “Not Allowed To Write The Word of Merry Christmas or X’Mas On Cakes”.