Bapa Cedera Cuba Selamatkan Anak Daripada Diculik

Seorang lelaki warga China berstatus penduduk tetap di Singapura cedera parah Ketika cuba menyelamatkan anaknya daripada diculik sekumpulan individu pada 12 Disember yang lalu.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, ACP Raub Selamat memberitahu kanak-kanak berusia tujuh tahun itu berada dalam keadaan selamat.

Suspek utama yang cuba menculik anak kepada lelaki tersebut merupakan rakan kongsi yang merancang penculikan bersama tiga lagi suspek yang kini masih bebas.

“Suspek utama itu juga melakukan pemerasan wang sebanyak RM300,000. Bagaimanapun, suspek utama itu berjaya ditahan di hadapan Balai Polis Taman Pelangi, pada hari sama,” katanya menerusi kenyataan.

Suspek utama bekerja sebagai mekanik dituduh mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret, di sini pada Selasa.

Sumber : Bernama