Kapal Israel Tak Dibenarkan Berlabuh di Malaysia

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengeluarkan arahan melarang syarikat perkapalan yang berpangkalan di Israel, ZIM untuk berlabuh di Pelabuhan Klang.

Larangn itu dijadualkan berkuatkuasa pada Selasa minggu depan.

 

“Lembaga Pelabuhan Klang telah diarahkan untuk membantu syarikat logistik, pengimport, pengeksport dan perkapalan dalam menguruskan kargo masing-masing yang terjejas,” kata Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook.

Sebelum ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Malaysia tidak akan menerima kapal yang menggunakan bendera Israel untuk berlabuh di perairan negara ini.

Bukan itu sahaja, mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel dilarang memuat kargo di Pelabuhan Malaysia.

Sumber : Awani