Terlepas Menang Cabutan Bertuah Pusat Zakat, Ingatkan Scam

Seorang individu meluahkan rasa kecewa dan hampa menerusi platform X, apabila panggilan yang diterima daripada Pusat Zakat untuk memenangi hadiah cabutan bertuah bukanlah satu sindiket penipuan.

Individu yang dikenali sebagai Mr Jeni itu merima satu panggilan video mengatakan yang dirinya terpilih sebagai pemenang cabutan bertuah. Bagaimanapun, menyuruh pihak tersebut memberi hadiah tersebut kepada orang lain kerana beranggapan ianya adalah penipuan.

Namun, selepas meletak panggilan berkenaan dia membuat semakan dan ternyata ianya adalah Pusat Zakat yang sah dan bukannya scam. 

“Semalam ada Pusat Zakat tiba-tiba buat video call, aku angkat. Dia kata anda menang cabutan bertuah..

“Bunyi macam scam

“Aku jawab takpa hadiah boleh bagi ke orang lain. Lepas letak call aku buat sikit fact check and that call is legit,” tulisnya

Perkara itu meraih perhatian netizen apabila mempersoalkan cara pemenang diumumkan. Menurut mereka dengan menghantar surat rasmi adalah lebih baik dan meyakinkan pemenang berikutan banyak kes penipuan sekarang ini.

Sumber : X