Sri Muda banjir lagi, longkang tersumbat jadi punca

RENTETAN hujan lebat sejak awal petang tadi, beberapa kawasan di sekitar Taman Sri Muda, Seksyen 25 dinaiki air sekali lagi.

Limpahan itu dikatakan berlaku akibat aliran tersumbat pada longkang.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya telah melakukan tinjauan selepas penularan jalan raya dinaiki air di Jalan Tokoh 25/28 berhampiran loji kumbahan.

“Limpahan itu akibat longkang tersumbat dan air mulai surut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, tular beberapa video memaparkan lokasi di Taman Sri Muda dinaiki air selepas hujan lebat termasuk bunyi siren amaran banjir.

Sumber: Kosmo