Sajat menghilang, JAIS minta bantuan PDRM

JABATAN Agama Islam Selangor (JAIS) meminta bantuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menjejaki dan menangkap usahawan kosmetik sensasi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, 36, yang kini menghilangkan diri.

Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan bahawa JAIS telah meminta bantuan pihakny.

“JAIS telah hantar surat minta bantuan dan kita akan bantu kesan Nur Sajat,” lapor Kosmo!.

Nur Sajat pada Selasa lalu dikenakan waran tangkap oleh Mahkamah Tinggi Syariah di sini selepas tidak hadir sebutan semula kes berhubung menghina Islam.

Kosmo! hari ini melaporkan JAIS telah menyerbu kediaman Nur Sajat di Seksyen 10, Kota Damansara pukul 9 malam semalam.

Bagaimanapun, dalam serbuan itu tidak menemui usahawan kontroversi tersebut yang dipercayai telah melarikan diri.

Sumber: kosmo!