Mayat wanita ditemui dalam keadaan terjerut!

POLIS Kajang menemui seorang mayat wanita warga tempatan berusia 30an dalam keadaan terjerut di Taman Bangi Jalan Reko, Kajang hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata pihaknya menerima panggilan seorang individu lelaki berhubung penemuan tersebut.

“Hasil pemeriksaan mendapati mayat telah mati lebih dari tempoh 24 jam sebelum ditemui.

“Terdapat kesan jerut pada leher mayat tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Mohd Zaid, mayat tersebut merupakan petugas pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dalam masa sama, saksi kejadian juga merupakan teman sekerjanya yang menuju ke rumah mangsa sebelum menemui mayat tersebut.

Polis menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat untuk tampil membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian