“Maaf tak boleh ulas lanjut isu sihir” – Andi Bernadee

PENYANYI dan pelakon, Andi Bernadee akui masih dalam proses perubatan alternatif selepas dipercayai menjadi mangsa ‘buatan orang’ atau sihir bulan lalu.

Katanya, dia mohon maaf dan enggan ulas lanjut perkara itu kerana dibimbangi akan berikan banyak maklumat kepada pelaku terbabit.

“Saya memang tak boleh bercakap panjang lebar mengenai perkara ini, sebab saya masih dalam proses rawatan alternatif.

“Sekiranya ia benar-benar pulih sepenuhnya, Inshaa Allah saya akan kongsikan kepada semua, apa-apa pun doakan yang terbaik buat diri saya,” ujarnya.

Baru-baru ini, pengurus Andi akui kecewa dengan kecaman netizen kononnya apa yang berlaku kepada penyanyi itu hanya gimik semata-mata.

Ini kerana perbuatan tidak bermoral itu sememangnya wujud namun bergantung kepada nasib individu tersebut.

Sumber: Gempak