BTS dapat anugerah lagi! Kini dapat pengiktirafan Bintang Pop Terhebat 2020

Foto: BILLBOARD



KUMPULAN terkenal K-pop, BTS meraih pengiktirafan Bintang Pop Terhebat 2020 oleh Billboard Amerika.

Gelaran Bintang Pop Terhebat adalah acara tradisi Billboard untuk beri penghargaan kepada artis yang paling menyinar sepanjang tahun.

Ia dimulakan pada 1981, antara penyanyi yang pernah menerima pengiktirafan itu ialah Whitney Houston, Mariah Carey, Nirvana, Backstreet Boys, Britney Spears, Kanye West, Eminem, Beyoncé, Justin Timberlake, Rihanna, Lady Gaga, Adele, Taylor Swift, Justin Bieber, Ed Sheeran, Drake, dan Ariana Grande.

Menurut Billboard, pencapaian yang diraih BTS adalah luar biasa dan sukar untuk menafikan kehebatan kumpulan itu yang mampu setanding dengan nama besar penyanyi barat yang lain.

Dalam pada itu, BTS akan menarik perhatian jutaan peminatnya selepas diumumkan antara penghibur yang bakal membuat persembahan di Grammy Awards tahun ini pada 15 Mac nanti.

Minggu lalu, BTS turut meraih anugerah Anugerah Artis Rakaman Terbaik anjuran Persekutuan Antarabangsa Industri Fonografi (IFPI) tahun 2020.