Cuaca Panas Tahap Satu Di Tiga Daerah Kelantan

Gambar : Astro Awani

TIGA kawasan merekodkan status Cuaca Panas Tahap Satu atau berjaga-jaga pada setakat hari ini.

Memetik laporan Berita Harian, Jabatan Meteorologi Malaysia (Metmalaysia) telah membuat kenyataan memaklumkan kawasan yang merekodkan status itu di Semenanjung ialah Pasir Mas, Tanah Merah dan Kuala Krai di Kelantan.

Selain itu, di Sarawak, amaran cuaca panas tahap satu itu dikeluarkan bagi kawasan Mukah.

“Tiada kawasan di Sabah yang merekodkan cuaca panas tahap satu atau berjaga-jaga.

“Status Cuaca Panas Tahap Satu atau berjaga-jaga dikeluarkan bagi suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celcius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

“Untuk maklumat terkini status cuaca panas harian, orang awam boleh rujuk https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ ,” katanya.

Justeru, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Sumber : Berita Harian