Sharmendran Teruskan Dominasi Emas Karate

Gambar : Berita Harian

ATLET karate negara, R Sharmendran meneruskan dominasi di Sukan SEA apabila meraih emas keempat daripada acara bawah 75 kilogram.

Sharmendran menewaskan Sot Panith dari Kemboja 6-5 di Chroy Changvar Convention Centre Hall A sebentar tadi.

Atlet berasal dari Selangor itu adalah juara dalam acara yang sama sejak Kuala Lumpur 2017.

Atlet berusia 30 tahun itu menyasarkan untuk meraih emas keduanya pada temasya kali ini menerusi acara berpasukan esok.

Gambar : Berita Harian

Sumber : Berita Harian